Monday, March 9, 2009
Hmm MALAM yang tenang tapi tak berapa tenang bagiku..
MALAM ni aku merehatkan badan yang aku rasa teramat letih..
MALAM ni aku layann tgk citer seniman agung P.Ramlee-Seniman Bujang Lapok..hehehe sangat kelakar dan terhibur,entah sudah berapa juta kali aku tengok cerita ni,tapi aku tetap tergelak-gelak melihat telatah 3 orang sahabat ni..
Tapi MALAM ini juga tidak dapat menghiburkan hati aku 100%..
Kerana MALAM ni aku dapat satu berita yg tak best,yg sedih n yg pedih..huhuhu..
Aku baru pulang dari sarawak (Marketing Travel to Sarawak),Seronok sangat aku disana.tapi aku belum mau cerita tentang Sarawak tapi tentang orang yang suka cakap belakang!!
Memang aku tak suka dengan mereka2 yang gemar cakap belakang,bg aku kalau ada apa2 yang tak kena atau tak puas hati,lets talk to me n kita berbincang...
Sakit hati bila ada orang yang senang2 mengata tentang keburukan atau memburukkan ttg orang lain.Itulah yang jadi pada aku MALAM ni..satu lagi cerita yang tidak enak aku dgr ttg diriku dan memang aku yakin org yang menyampaikan pada aku tidak mereka cerita malah aku amat yakin keikhlasannya kerana ingin mendapat kepastian dari mulutku sendiri..hati aku tambah sakit bila orang yang mengata aku tu orang yg pernah aku sayang satu masa dahulu..
Segala-galanya telah tamat bagi aku,dan aku tidak pernah menyimpan dendam pun dengan apa yang sudah dia lakukan pada aku,org yg terdekat dgn ku pasti tahu apa kisahnya..aku masih sudi memaafkan setiap kesalahan dia malah aku akui kadangkala ada ketika aku ada mengenang kisah silam dengan dia..tak sangka dek kerana ketidakpuasan hatinya dgn aku,pelbagai kisah ttg aku diceritakan pada teman2 rapat aku yang lain,yang pasti semua kisah itu tidak benar sama sekali.
Aku dipersalahkan dan dicemuh dengan pelbagai alasan yang dia reka,malah maruahku terasa dipijak-pijak dengan ceritanya,walau hati aku pedih tapi aku tetap diam,malas untuk aku kata apa2 lagi..biarlah Tuhan yang membalas.Aku tetap yakin ada hikmah disebalik segalanya,malah aku tetap bersyukur....
Take me as far as possible